Syazwan Zulkifly Putus Asa Dalam Lakonan Disebabkan Teman Wanita Durjana



Syazwan Zulkifly yang selama ini terkenal dengan filem dan drama bersiri Juvana mengaku akan berhenti dari lakonan kerana bimbang akan menjejaskan masalah peribadinya. Semua terkejut dengan penyataan ini kerana mereka tahu Syawan punyai bakat yang besar dalam bidang lakonan tambah lagi dengan usianya yang masih muda.

Syazwan tambah lagi, " Saya betul-betul sayangkan bidang lakonan ini. Tapi jika saya teruskan, banyak masalah lagi yang akan timbul mengenai hal peribadi saya."

"Jika semua orang kata saya cepat putus asa,Ya memang betul. Saya sudah putus harapan untuk teruskan lagi dalam bidang ini jika ianya merosakkan nama saya nanti."

"Kemungkinan besar jika saya sambung karrier ini, saya cuma mahu buat kerja di belakang tabir sahaja dan bukan beraksi di depan kamera."

Abang Zoro terkejut dengan cerita ini. Yelah, sedar tak sedar banyak filem dan drama yang dibintangi Syazwan ni. Artis sekarang pun ada yang susah nak dapat job, pelik dia pulak yang nak berhenti. Jikalau berhentinya Sazwan ini kerana teman wanitanya, Shenty Feliziana. Memang rugi rasanya kerana tinggalkan periuk nasi kerana seorang perempuan.Perempuan yang baik akan faham kerja kita. Bila mereka tak faham, maknanya mereka tak WORLD ! Sekian dari Abang Zoro...

Peace...XOXO

Sumber:Rotikaya


Share this: