"Saya Mahu Danish Ajar Malaysia Apakah Maksud Di Sebalik Jerebu Ini"


Norman Hakim mempunyai anak yang bernama Danish yang dihantar ke sekolah agama di Bangi, Selangor. Norman terkejut apabila anaknya itu boleh terjemahkan apakah maksud di sebalik jerebu ini lebih mendalam dari pengetahuan dirinya sendiri.

Tetapi kemungkinan ada pihak yang membuat kesimpulan yang salah apabila Norman Hakim merakam anaknya ketika sedang menceritakan tentang jerebu ini.



"Saya bangga dengan anak saya, Danish yang boleh terangkan pada saya apakah maksud jerebu ini diturunkan. Dan jerebu ini juga telah menimpa pada kita semua jadi saya ingin berkongsi pada semua apa yang saya terima darinya."

"Saya tak maksudkan untuk menunjuk-nunjuk yang saya ada anak yang baik seperti Danish, sebab dia sendiri tak sedar yang saya merakam waktu dia bercerita itu. Tujuan saya adalah ikhlas untuk berkongsi, itu sahaja."



Abang Zoro sangat berbangga dengan kebolehan Norman Hakim yang mampu mendidik anak sebaik ini walaupun sibuk dengan karrier seni. Bukan senang untuk membahagikan masa untuk bersama keluarga apabila kita sibuk mencari nafkah. Salute WORLD dari Abang Zoro untuk Norman Hakim.

Peace..XOXO

Sumber: Beautifulnara

VIDEO DANISH BERHUJAH TENTANG JEREBU


Share this: