Jawapan Santai Neelofa Pada Stokis Yang Tidak Keruan



Ada stokis yang mengadu pada Miss Kepoh tempoh hari mengenai kezaliman Neelofa Hijab kepadanya dan telah menjadi viral isu panas ini di laman sosial. Tiba pula kami dapatkan penjelasan Neelofa kerana merasakan tidak adil jika hanya dengar dari satu pihak.

Neelofa telah keluarkan kenyataan yang diberi tajuk Nota Neloofa yang kelihatannya menjawab isu stokis ini dan ini kenyataan dari beliau.

"Saya tidak akan melatah dengan isu ini dan saya tidak menyalahkan stokis berkenaan kerana saya percaya jikalau ada masalah seperti ini, pasti ada kelompongan di mana-mana yang telah menimbulkan masalah ini dan orang pertama yang saya tegur ialah staff-staff saya."

"Saya sendiri menyiasat perkara ini bagaimana ianya boleh berlaku dan memang benar si pengadu adalah seorang dari stokis kami. Saya ingin memberitahu bahawa kami ada lebih kurang 700 stokis yang berdaftar di bawah kami dan kami terpaksa berdepan dengan 700 ragam setiap hari."

"Perkara ini sangat sukar untuk kami urukan kerana terpaksa puaskan hati ramai orang dan tujuan saya menggunakan sistem stokis ini ialah untuk membantu orang lainterutama sekali kaum hawa yang kebanyakkan tiada sumber pendapatan dan hanya berharap pada suami."

"Perniagaan kami memang hanya bergantung kepada prestasi stokis kami dan kerana merekalah saya mencapai apa yang ada pada hari ini. Tanpa mereka siapalah saya. Tapi penjualan atau sale itu bergantung kepada mereka sendiri. Saya hanya sediakan platform untuk mereka gunakan sahaja."

"Saya harap isu ini tidak dipanjangkan dan saya pun tidak mahu buka aib si pengadu itu. Pada saya, mungkin ini dugaan yang saya perlu tangani dan jadikan saya lebih matang dalam dunia perniagaan."

Abang Zoro kagum denagn cara Neelofa tangani hal ini dengan sangat tenang, santai dan WORLD !
Neelofa yang kita kenal dulu sudah tak sama dengan sekarang. Beliau dah matang untuk tangani hal-hal seperti ini dan berserah semuanya kepada Yang Berkuasa. Salute respect untuk Neelofa !..

Peace..XOXO

Sumber:Beautifulnara

VIDEO NEELOFA PANGGIL WARTAWAN


Share this: