"Sebenarnya Memang Ini Yang Saya Harapkan" - Johan



Malam tadi seperti mana yang korang semua tahu Zizan adalah pemenang bagi Super Spontan All stars dan memenangi wang tunai RM150,000 manakala Johan pula mendapat gelaran Naib Juara dengan memeperoleh RM75,000. Dahsyat kan diornag ni ?

Abang Zoro tahu ramai yang nak Johan menang dan bukan Zizan yang menang. Berapa ramai orang yang terkejut bila dengar nama Zizan dinobatkan sebagai Juara. Sebab ketika itu undian Johan yang tertinggi.

Tapi sebenarnya jikalau anda perhatikan yang Johan memang tidak mengharapkan untuk menang pada malam tadi. Johan nyatakan bahawa beliau hanya ingin bergembira dan mengeratkan lagi hubungan antara pelawak-pelawak negara.



"Saya secara peribadi memang tiada hasrat untuk menang, kalau menang itu alhamdulilah bonus bagi saya, saya sekadar bersyukur sudah sampai ke tahap final. Saya hanya akan terus berdiri untuk menghiburkan anda semua terutama sekali peminat-peminat saya."

Abang Zoro sangat respect dengan peribadi Johan, perwatakannya sangat selamba dan sempoi dalam masa yang sama beri yang terbaik dan berserah pada takdir. Tak ramai yang dapat tiru perwatakan Johan. Dan pada Abang Zoro, Johan sudah memenangi hati peminatnya. Itu sebenarnya kemenangan yang besar pada Johan.

Peace..XOXO

Sumber: Kaki Share World


Share this: