Luahan Kecewa Kamal Adli Digugurkan Yang Menyentuh Hati



Memang telah disahkan bahawa Kamal Adli telah digugurkan secara rasmi oleh Skop Production yang dimiliki oleh Dato Yusof Haslam atas kerana kebimbangan beliau dalam urusan peribadi antara Zizan Razak dan Kamal Adli yang bakal menganggu kelancaran filem Abang Long Fadil 2.

"Tipulah kalau saya cakap yang saya tidak kecewa kerana digugurkan atas alasan yang sebegitu rupa kerana saya telah kosongkan jadual saya semenjak tahun lepas dan takkan terima apa-apa tawaran lakonan hanya kerana ingin tumpukan perhatian pada watak Abang Long Fadil 2."

"Saya juga melakukan aktiviti kecergasan dan bersenam untuk berada di tahap yang terbaik untuk laksanakan watak ini disebabkan saya sangat suka dengan watak yang diberi."

"Saya hanya anggap yang ini bukan rezeki saya dan saya tak nak bercakap dengan lebih panjang tentang hal ini. Saya akan terus berfikir untuk masa depan saya dengan rezeki yang diberi pada masa akan datang."

 Abang Zoro turut simpati dengan apa yang Kamal Adli lalui. Yelah, rasanya Kamal Adli cukup profesional untuk ketepikan masalah peribadi dalam hal kerja. Tapi nak buat macam mana, bukan rezeki Kamal kan. Jangan risau Kamal, Abang Zoro percaya yang anda akan dapat job yang lebih WORLD pada masa akan datang. Sabar yeee, ada lah tu nanti..

Peace.... XOXO

Sumber:mStar


Share this: