[VIDEO] Sebab Sebenar Jep Buli Shuib Dengan Kejam


Ramai yang simpati dengan nasib Shuib asyik dibuli dengan Jep yang sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri. Shuib ibarat bahan lawak untuk Jep membulinya dengan menggunakan "punchline-punchline" yang mampu membuatkan penonton gelak tak henti-henti.

Tapi sebenarnya ada sebab mengapa beliau berbuat demikian, dan pembulian itu sebenarnya hanya berlaku di atas pentas atau di kaca mata televisyen sahaja. Tambahnya lagi, semua itu sudah dirancang terlebih dahulu dan "chemistry" mereka sangat menonjol dengan cara yang selamba begitu.

Jikalau anda kenal siapa mereka berdua di luar industri hiburan Malaysia, anda pasti teruja melihat persahabatan mereka yang sangat utuh seperti ada talian darah. Ibaratkan, jikalau seorang tiada untuk persembahan mereka kelihatan seperti manusia yang tempang tanpa sebelah kaki untuk menzahirkan yang mereka sangat memerlukan satu sama lain.

Sebagai bukti, anda pasti ingat seeaktu Maharaja Lawak Mega dahulu apabila Jep dan Ilya tidak dapat hadiri persembahan kerana masalah kesihatan dan Shuib terpaksa lakukan seorang diri. Kegugupan Shuib jelas kelihatan namun syukur alhamdulillah dia dapat laluinya dengan baik sekali.

Video di bawah ini hanyalah persediaan untuk mereka hadapi perlawanan bola sepak untuk Superlawak FC akan datang sahaja. Tap boleh tahan kejam jugak Jep dalam video ini. hehehe


Share this: