Luahan Perasaan Caliph Buskers Terhadap Lawak Nabil Di Gegar Vaganza


Lawak Nabil mendapat respon buruk dari para peminat apabila beliau membuat lawak jenaka terhadap Caliph Buskers yang seperti mana diketahui mereka ini golongan OKU yang berbakat. Namun, luahan Caliph Buskers sangat mengejutkan kami. Memang WORLD lah Caliph Buskers ni !!

Azmi Saat selaku vokalis dalam Caliph Buskers meminta agar kecaman terhadap Nabil dihentikan serta merta kerana sejujurnya mereka langsung tidak merasakan lawak Nabil itu suatu penghinaan atau memalukan mereka. Malah, mereka sangat terhibur pada malam itu dan tidak menyangka yang cerita ini akan menjadi bualan mulut orang dan sensasi.

Mereka secara peribadi sudah mengenali Nabil luar dan dalam apatah lagi mereka kerap berjumpa dengan Nabil setiap minggu di rancangan Meletop. "Saya memahami perwatakan Nabil yang selalu bergurau kasar, tetapi kami sangat terhibur dengan lawaknya. Tiada apa yang melukakan hati kami pada malam itu."



"Kami faham golongan masyarakat sangat prihatin kepada golongan seperti kami dan kami sangat bersyukur dengan layanan yang baik diberikan kepada kami. Cuma kami ingin mengatakan yang kami lebih gemar dilayan seperti orang yang normal yang boleh bercakap dan bergurau apa sahaja tanpa ada isu sensitif kerana kami memang suka bergurau malah lebih kasar dan ganas berbanding Nabil..Hahahaah"

Mesti korang tak sangka kan Azmi Saat cakap macam tu ? WORLD kan Caliph Buskers ni?
Jadi, tak perlu rasanya kita salahkan Nabil dengan lebih lama kerana dia juga manusia biasa, Sebagai pengacara dan pelawak banyak yang dia perlu fikirkan idea untuk dikeluarkan dan gunakan demi hiburkan kita. Kadang-kadang lawaknya mungkin tergelincir sedikit ke arah yang lebih sensitif. Harap anda semua maafkan Nabil ya....XoXo



Share this: