Remaja Hari Ini Sangat Kurang Ajar



Dato Sheila Majid tampil hari ini dengan meluahkan rasa tidak puas hati dengan watak remaja pada hari ini. Beliau mengatakan remaja hari ini begitu liar seperti tidak ada moral atau adab ketika berhadapan dengan orang yang lebih berumur .

Sebenarnya perkara ini memang benar dan semua orang setuju tapi apabila orang yang peramah dan lembut seperti Sheila Majid sendiri menyuarakan hal ini dengan jelas dan tegas bermakna mesti beliau pernah merasakannya.

"Saya lihat adab remaja pada hari ini sangat kurang ajar dan pada saya rasa perkara ini perlu dibendung supaya mereka tidak mengalami masalah sosial di masa hadapan."

"Pendidikan awal sepatutnya bermula dari rumah, tetapi golongan pendidik dan kerajaan juga tidak boleh lepas tangan dan ambil sambil lewa perkara ini kerana mereka adalah wajah kita di masa hadapan dan perkara yang buruk di masa hadapan adalah salah kita pada hari ini."

Kami di Kaki Share World sangat teruja dengan komen Sheila Majid kerana sungguhpun beliau marah, tetapi komen Sheila tidak terlalu emosi dan sangat berisi. Kak Sheila memang WORLD lah !!
Kami harapkan anda yang membaca ini dapat mengambil sedikit langkah untuk membendung masalah ini dari terus menular ke tahap yang kronik.

"Biar usaha kita sikit, lama-lama jadi bukit"

"Takkan ada nombor 2, kalau tidak ada nombor 1"

kalau tak faham, baca balik sampai faham...hehehe.

-Peace XOXO-

Sumber: Beautifulnara





Share this: