Keajaiban Berlaku Semasa Saya Bangun Untuk Solat Subuh Di Masjid Nabawi



ALLAH MAHA BESAR !!! Makcik yang comel ini bernama Fatimah Abdul Latif berumur 60 tahun antara salah seorang dari 455 jemaah haji yang bergerak dari Madinah ke tanah air berkongsi cerita ajaibnya ketika di sana.

Beliau mengalami angin ahmar semenjak 5 tahun yang lalu dan lumpuh di bahagian kiri badannya yang merupakan satu dugaan besar baginya untuk menunaikan ibadah haji. Fatimah juga antara salah seorang jemaah yang berkerusi roda untuk rombongn kali ini.

Semangat dan kekuatan Fatimah sangat kami kagum dan memang tak boleh nafikan memang WORLD ! Beliau mengatakan:

"Saya pada mulanya cuma dapat berjalan tiga langkah sahaja sewaktu bangkit ingin solat subuh di Masjid Nabawi. Kemudian saya dibantu oleh anak dan menantu saya"

"Saya terkejut tiba-tiba badan saya seperti tiada apa-apa penyakit. Saya menangis dan bersyukur dengan keajaiban dari ALLAH ini yang memudahkan saya untuk beribadah kepadanya."

Sudah nampak kan kebesaran Allah disitu?

InsyaAllah kita semua akan rasakannya bila berpeluang untuk jejakkan kaki disana dengan izin Allah. Amiinn...

Share this: