"Jangan Harap Dapat Ambil Anak Saya"


Hal penceraian Awie dan Rozana masih belum berakhir. Rozana telah failkan permohonan interim nafkah untuk kedua-dua anaknya. Ada ura-ura mengatakan Awie akan membuat bantahan kerana ingin mendapatkan hak enjagaan anaknya.

Awie menyatakan di depan wartawan bahawa peguamnya akan failkan bantahan awal pada 24 november depan di Mahkamah Syariah Persekutuan. Semakin parah nampaknya hal mereka berdua ini. Tambah lagi Awie sedang bertungkus lumus untuk konsert Wings yang ingin meraikan ulang tahun mereka yang ke-30.

Kemungkinan Awie sudah letih kot dengan semua ni. Yelah, mana nak uruskan konsert lagi, mahu jumpa anak, kes ini lagi. Kami doakan supaya Awie dan Rozana dapat selesaikan hal ini dengan lebih baik dan tiada lagi rasa tidak puas hati. Kami juga mahukan konsert Awie kali ini WORLD macam dulu-dulu..hehehehe.

Peace...XOXO

Sumber:mStar


Share this: