[VIDEO] Manusia Misteri Tinggalkan Beg Disyaki Berisi Bom Di KLCC



Satu beg telah kelihatan sangat mencurigakan dipercayai diletakkan di hadapan pintu utama KLCC sekitar jam 12.30 tengahari semalam. Semua orang di situ terkejut setelah Unit Pemusnah Bom (UPB) hadir ke lokasi dengan kadar segera dan kawasan itu dilindungi oleh pihak berkuasa dari orang awam.

Orang awam menjadi kelam-kabut keluar dari kawasan KLCC ke tempat yang selamat tapi dapat dikawal oleh pihak polis dan keputusannya mereka hanya menjumpai pakaian biasa yang ditinggalkan di situ dan tidak tahu samada disengajakan atau tidak.

Pihak UPB mengatakan, Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kami hanya menemui pakaian orang awam yang tiada unsur bahaya seperti letupan dan sekitarnya juga kami telah periksa untuk kami sahkan bahawa ianya selamat digunakan oleh orang awam.

Abang Zoro pun cuak jugak kalau tiba-tiba kita tengah seronok bersama keluarga di KLCC tiba-tiba ada orang letak bahan letupan pulak. Memang tak cukup tanah nak lari. Rasanya kalau ada yang duduk kat wheel chair sanggup bangun berlari sama nak gambarkan dia punya takut tu..hehe..Bagi diorang mercun bola dah tak cukup WORLD dah. Nak main bahan letup-letup bangunan pulak sekarang. Orang yang dalam tu tak berdosa pun nak diletupkan. Nanti bila kena tanya dalam kubur nak jawab apa sayang oii...

Tak Peace kali ini...XOXO

Sumber: Mynewshub


Share this: