Pengguguran Kamal Adli Dijawab Oleh Zizan Razak



Kontroversi baru-baru ini mengenai penyingkiran Kamal Adli dalam filem sekuel Abang Long Fadil 2 dilihat seperti ada cerita belakang yang berlaku kerana masalah peribadi antara pelakon di dalam cerita itu.

Adakah benar kesasihan cerita itu ?

Kami usaha dapatkan Zizan Razak untuk dapatkan jawapan dari beliau. Zizan dengan tegas mengatakan:

"Saya tidak ada kena mengena dengan pemilihan pelakon, kalau saya yang buang dia lebih baik saya terbitkan filem itu sendiri. Saya langsung tidak ada rasa apa-apa dengan dia. Saya cuma seorang pelakon yang dibayar untuk berlakon sahaja. Saya buat demi periuk nasi saya."

Zizan sendiri menafikan bahawa kontroversi itu tidak logik dan kebetulan ada cerita panas mengenai dirinya dan Kamal Adli membuatkan hal ini sebagai pemanas cerita. 

Baguslah kalau macam tu, baru WORLD pelakon kita tidak bermasam muka antara satu sama lain.
Masalah peribadi pun tidak manis bila dicampur adukkan dengan bidang profesional. Tak mau gaduh-gaduh yaa.. Peace...XOXO




Share this: