Luahan Menyentuh Hati Nabil Ahmad Dikritik Habis-Habisan Netizen Berkenaan Caliph Buskers


Beberapa hari lepas Nabil Ahmad dikritik habis-habisan oleh netizen mengenai lawak yang menyindir Caliph Buskers. Kami di Kaki Share World tidak merasakan Nabil maksudkan lawaknya tu. Dia cuba sedaya upaya untuk hiburkan kita. Itu sahaja. Sebab itu memang tugas dia. Dan alhamdulillah Caliph Buslers sendiri tidak terasa dengan lawaknya itu. Mereka pun suka bergurau kasar ni rupanya.

Nabil Ahmad sendiri mengeluarkan kenyataan tentang hinaan dan cacian peminat terhadapnya: 

"Saya faham bahawa setiap selebriti ada Haters dan kumpulan anti mereka sendiri. Saya pun tidak mengahalang untuk anda mengkritik saya, tapi biarlah membina."

"Peminat tiada hak untuk mempertikaikan cara pengacaraan saya. Itu semua periuk nasi saya. Jikalau lawak saya ini berlbihan, mesti saya sudah kena tindakan dari pihak Astro. Tapi tiada tindakan pun dari mereka."

"Jikalau lawak saya ini berlebihan, Adakah Caliph Buskers dibuang kerja ? Walhal saya dan Caliph Buskers makin rapat sebab kerap berjumpa setiap minggu"

"Kritik biarlah membina. Tak perlu rasanya untuk ungkitkan hal Haji saya semua. Itu semua antara saya dan Allah. Saya sentiasa mendoakan mereka untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari."

Sumber: Beautifulnara


VIDEO NABIL MEMINTA MAAF KEPADA CALIPH BUSKERS

Share this: